Kami Tak Selamanya Kecil. Pesanan Anak Ini Menyentap Hati Semua Ibu Ayah

Nukilan ini kami ambil daripada facebook page Mumsluv . Sayu, syahdu, sebak dan perasaan yang bercampur -baur. Anda akan memahami sekiranya anda juga seorang ibu dan ayah.

anak tak selamanya kecil

” Anak-anak Tak Selamanya Kecil —> Bersabar.

Duhai ibu ayah…
Kami anak-anak tak selamanya merengek, kami tak selamanya berlari dan berbuat bising di dalam rumah, Kami tak selamanya berlebihan nakal. Dan kami tak selamanya memerlukan ibu ayah.

Duhai Ibu ayah….
Hari ini ibu ayah mahu genggamkan tangan, saat nanti kami akan lepaskan, dan menyapu pipi kami saat kami diciumi, mengelak saat mahu dipeluk. Menghindari saat mahu berceloteh. Suatu saat nanti kami akan mandi sendiri, makan sendiri, tidur sendiri dan punya kawan dan mentor sendiri.

Duhai ibu ayah….
Dan pastinya saat itu ibu ayah merindukan masa-masa susah kini. Rindu ingin menidurkan tidur kami, rindu ingin membacakan cerita, rindu mahu memeluk, bersembang, dan rindu mendengar celoteh kami” 

Betapa perlunya sabar dalam mendidik anak-anak. Kita juga suatu ketika dahulu pernah merengek, menangis dan memberontak. Usah dibiar anak-anak tanpa pelukan dan ucapan sayang.

Ketika hayat masih ada. Bukan mereka…tetapi hayat kita yang semakin meningkat usia ini. Selagi kita masih punya nafas, ucapkan kata sayang pada anak-anak. Itu akan menjadi kata keramat yang akan diingati sepanjang hayat.

LIKE Pamapedia di SINI 

 

Kembali ke Atas