Kisah Ibu Sorok Baju Berlabuci Dan Sequin Demi Anak. Pengorbanan Untuk 2 Tahun Pertama
Tahniah buat ibu yang baru sahaja menimang cahaya mata.
Menjadi seorang ibu yang bertekad mahu menyusukan anak secara eksklusif adalah suatu peranan yang mulia.
Meskipun rutin harian kita bakal berubah dengan kehadiran si kecil, usah bataskan diri untuk tampil bergaya dan kemas meskipun ketika keluar dengan anak. Terdapat banyak baju yang nursing friendly dan juga baju menyusu yang memudahkan dan membantu ibu.
#1 – Boleh Bergaya Dengan Dress
Jika dahulu sukar mahu memilih baju bimbang susah mahu menyusukan bayi ketika keluar. Sekarang semakin mudah dan banyak pilihan!!
Tidak terbatas pada T-shirt dan blouse sahaja, terdapat pilihan dress menyusu dan nursing-friendly dress yang memungkinkan mama bergaya ke majis kenduri dan keraian.
#2 – Pilih Bukaan Menyusu Yang Mudah & Ringkas
Dress atau blouse menyusu yang mempunyai bukaan ringkas tanpa butang mahupun zip adalah lebih praktikal untuk digunakan terutama jika bayi masih kecil dan cepat merengek bilamana mahu menyusu. Penggunaan dress atau jubah nursing-friendly dengan zip perlu lebih berhati-hati bagi mengelakkan zip terkena muka bayi atau pipi bayi akan berbekas besi zip.
#3 – Elakkan Pakaian Yang Tiada Bukaan
Sememangnya pilihan blouse yang cantik di pasaran membuatkan kita geram. Pernah juga pakai semasa ke tempat kerja dan bila di dalam kereta mengambil anak dari rumah pengasuh, wah susahnya mahu menyusukan bayi. Perlu selak dari bawah.
Selepas itu, sekiranya ada anak bersama, saya hanya pastikan yang mesra penyusuan sahaja di pakai dan di susun di dalam almari.
#4 – Pakai 2 Lapis Baju ?
Untuk pakaian yang tidak nursing friendly? Ya, saya ada banyak koleksi t-shirt yang masih cantik untuk dipakai. Dan untuk memudahkan, pakai sahaja tube atau nursing inner di bahagian dalam. Masih selamat bila dapat melindungi perut dan bahagian belakang.
#5 Elakkan Terlalu Berlabuci Dan Sequin
Elakkan Overly Embellished
Dress dan blouse dengan taburan labuci sememangnya cantik dan ada elemen glam di situ. Namun kebanyakkannya tidak nursing-friendly. Untuk saya??
Saya lupakan ini seketika. Ya sementara anak mahu membesar. Saya rasa bersalah bilamana pipi si kecil merah dan berbekas sequin. Ianya pembakar semangat untuk kekalkan saiz badan yang sama agar boleh di pakai lagi dalam masa 3 tahun akan datang
#6 – Pakai Blazer Atau Cardigan
Ada masanya saya keluar bersantai dan hanya mahu memakai t-shirt sahaja. Sungguh selesa dengan kain tshirt yang sejuk dan pilihan saya adalah kain tshirt yang mudah ditarik dari bahagian leher / mempunyai bukaan leher yang luas untuk memudahkan menyusu.
Bilamana mahu keluar makan di luar atau membeli-belah , hanya pakai blazer comel atau cardigan bagi melengkapkan gaya. Suai padan sahaja apa yang ada di dalam almari pakaian, yang penting saya boleh menyusukan bayi, dan kami selesa.
#7 – Pilihlah yang selesa
Buat bakal ibu, beli dahulu 1 atau 2 helai baju menyusu sebelum anda melahirkan bayi. Ada yang boleh terus digunakan sebaik sahaja pulang dari hospital. Setelah anda yakin menyusukan bayi di mana sahaja, boleh dapatkan koleksi pakaian menyusu yang sesuai dan masih lagi boleh bergaya.
Oh ya, meskipun bekerja dan bayi tiada bersama, saya tetap memakai pakaian menyusu agar mudah untuk menggunakan pum susu di pejabat.
2 tahun yang indah.
Andrea
LIKE Pamapedia di SINI