Kisah Perit Di Sebalik Kejayaan Yuna Mencipta Nama di USA
“Makan Mi Segera, Sardin Sebelum Cipta Nama Di US”
Kini berjaya menempa nama di Amerika Syarikat, penyanyi Yuna atau Yunalis Zarai antara kebanggaan rakyat Malaysia. Ramai yang menjadikan wanita berkarisma ini sebagai idola.
Namun, disebalik kejayaan Yuna di negara besar tersebut, tidak semua yang dilalui oleh penyanyi ini indah belaka.
Jarang sekali Yuna kongsikan kisah peribadinya kepada umum apatah lagi suka duka yang dialaminya sebelum berjaya di US. Baru-baru ini, Yuna kongsikan keperitan yang dilaluinya sebelum mengecap kejayaan yang diciptanya kini.
KONGSI RM50 BERSAMA ANGGOTA BAND
Setiap kejayaan kita tak kira besar atau kecil kita sebenarnya tak mampu melakukannya seorang diri. Pasti ada seseorang yang membantu. Ketika ini saya fikir ramai yang berasa apabila mereka memperoleh suatu kejayaan mereka lakukannya sendiri.
Tapi saya tahu ada orang yang akan membantu saya ketika saya tidak punya apa-apa. Pernah saya terpaksa berkongsi RM50 (USD$15) bersama anggota band dan krew. Ada masanya mereka juga bekerja secara percuma kerana kami tidak dibayar.
HANYA MAKAN MI SEGERA, NASI DAN SARDIN
Semasa awal berhijrah ke LA, saya makan mi segera atau nasi bersama sardin selang sehari untuk jimatkan duit kerana perbelanjaan disana terlalu mahal. Tapi saya ada rakan yang selalu membantu saya dan membeli makanan. Semua perkara ini saya akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih
Sumber: Vanilla Kismis