Anak Lebih Kreatif Dengan Melukis
MEMUPUK KREATIVITI SI MANJA
Kreativiti menunjukkan kebolehan kanak-kanak menghasilkan kerja yang asli.
Salah satu cara yang dapat membantu mengembangkan kreativiti si manja ialah dengan melukis, mewarna dan kraf.
Setiap lukisan yang dihasilkan pastinya merupakan imaginasi ataupun idea asal daripada pemikiran si manja sendiri.
Komen positif terhadap hasil kerja si manja akan membuatkan mereka gembira. Biasanya dalam keadaan gembira si manja akan lebih mudah berinteraksi dan bercerita.
Dalam keadaan membabitkan kanak-kanak kecil, mereka mungkin tidak faham apa yang anda puji, tetapi nada suara dan senyuman anda membuatkan mereka tahu mereka melakukan sesuatu yang baik dan disukai.
Antara kemahiran yang dipertingkatkan melalui kreativiti ialah:
- Logik
- Kreativiti
- Keyakinan diri
- Kepekaan sosial (boleh bersosial dan berinteraksi dengan orang lain)
- Perkembangan kemahiran tangan
- Pandai meluahkan emosi
- Koordinasi tangan dan mata
- Membentuk personaliti
- Menghargai kecantikan.
Selain itu, melalui aktiviti yang berasaskan kemahiran ini dapat membuatkan si manja akan lebih fokus dalam memberi tumpuan ketika belajar.
Lukisan bagaimana yang anak-anak kita suka lukis?? Jom kongsi ??