9 Tips Ringkas Didikan Positif Dari Rumah
Meluntur buluh biarlah dari rebung. Mendidik mereka dari kecil adalah lebih mudah. Selain daripada mereka dapat mempelajari bagaimana hendak menguruskan diri dalam masa yang sama kita dapat mendidik mereka menjadi insan yang bertangungjawab.
1# Anak perempuan boleh diajak ke dapur bagi membantu ibu memasak atau melipat baju.
2# Anak lelaki boleh melakukan tugas bersama bapa seperti membasuh kereta, membersihkan halaman atau mengutip sampah.
3# Mendorong anak-anak membasuh pinggan dan cawan sendiri selepas makan atau tempat tidur apabila bangun.
4# Tetapkan sehari di dalam seminggu untuk beriadah bersama keluarga seperti mengemas rumah atau bersiar-siar di taman.
5# Sediakan bekas untuk anak-anak menyimpan alat-alat permainan selepas bermain.
6# Ajar anak-anak menyediakan makanan seperti roti bakar atau menyapu jem pada roti.
7# Beritahu mereka supaya meletakkan baju kotor di tempat yang disediakan.
8# Ajar mereka menabung. Setiap kerja yang mereka lakukan kita berikan pujian dan upah. Upah tersebut dimasukkan di dalam tabung. Sediakan 3 Tabung. Untuk pelajaran, bercuti dan masa hadapan.
9# Tetapkan masa untuk belajar tentang agama. Seperti mengajar mereka membaca Iqra dan solat. Untuk lebih mudah ajar solat secara berjemaah dan luangkan sedikit masa untuk ajar mereka mengaji. Mulakan dengan perlahan-lahan dan lembut kerana agama perlu diajar dengan lemah lembut supaya mereka mudah untuk memahami.