Mitos-Mitos Berkaitan Haid

Mitos-Mitos Berkaitan Haid

Haid, Datang bulan, Bendera Merah, Uzur, Period. Apa sahaja yang anda panggil, inilah yang dialami oleh setiap gadis dan wanita yang sihat, sama ada lambat atau cepat. Ada banyak mitos berkisarkan mengenai period yang perlu saya perjelaskan. Antaranya :

1) Bila period, tak boleh pergi berenang

Tiada sebab untuk tidak pergi swimming kalau hobi anda memang berenang atau memang suka sangat berenang. Dengan pemakaian pakaian yang sesuai, segala macam aktiviti boleh dilakukan ketika datang haid.

2) Bersenam tak bagus ketika kita sedang period

Senaman bagus untuk anda. Lebih-lebih lagi kalau ada ‘period cramps’ – senaman sangat membantu. Guna pakaian yang sesuai untuk bersenam ketika datang haid.

3 ) Tidak boleh mengandung kalau sedang datang haid

ada kemungkinan ovulasi berlaku ketika haid datang. Anda boleh mengandung walaupun sedang datang haid.

4) Haid akan datang selang 28 hari

kitaran haid berbeza antara satu wanita ke wanita yang lain. Ada orang akan mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Antara sebab-sebabnya adalah seperti stress, melakukan senaman yang melampau, kehilangan berat badan atau pertambahan berat badan yang drastik, atau tidak mengamalkan pola permakanan yang betu.l

5) Jangan basuh rambut bila sedang haid

Ini adalah kisah dongeng zaman dahulukala, dan diharapkan kita tidak mengamalkannya. Tiada masalah untuk basuh rambut ketika datang haid.

6) Sesetengah makanan tidak elok dimakan ketika sedang haid
Tidak benar. Makan seperti biasa ketika datang haid. Makan sahaja tetapi ingat, utamakan permakanan sihat.

7) Wanita yang sedang haid senang dapat batuk selsema dan sepatutnya elakkan minum air sejuk/ais

Sesungguhnya minum ais atau air sejuk tiada kaitan untuk dapat selsema, walau tak period sekalipun

8 ) Wanita sedang haid selalu ‘moody’ dan senang marah

Kebanyakkan wanita ( bukan semua) mengalami satu sindrom dinamakan PMS, tapi bukan semua simptom-simptom PMS hanya moody dan senang marah

Moga bermanfaat.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sumber : Medical Mythbuster Malaysia

Kembali ke Atas