Resepi Buat Roti Yang Senang Dan Menjadi Meskipun Tanpa Breadmaker. # Harus Cuba

Roti pastinya menjadi kegemaran sekeluarga. Apa kata kali ini kita buat sendiri. Meskipun tanpa Breadmaker, cara membuat ini paling mudah dan menjadi.

Mari cuba !!

resepi mudah buat roti

Bahan -bahan

Bahan A

Yis 1 paket (11 gram)
1 cawan air suam
4 sudu gula
2 sudu susu pekat

Campur semua bahan di atas, tunggu dlm 10 minit. Jika berbuih, itu tandanya yis dlm keadaan baik dan boleh digunakan.

yis kembang

* Nota : gunakan bekas yang besar bagi campuran Yis kerana ianya akan berbuih dan mengembang. Jika guna bekas kecil ianya akan melimpah. 

Selepas 10 minit campurkan 1 biji telur.

Gaul sehingga sebati

 

Bahan B

3 1/2 cawan Tepung Gandum
2 sudu planta

Gaul tepung dan planta dengan sebati.

Seterusnya masukkan bancuhkan yis sedikit demi sedikit ke dalam tepung.Bancuhan yis tu mengikut kesesuaian tepung. Bancuhan yis perlu dimasukkan sedikit-sedikit bukan kesemuanya.

Jika tidak doh akan menjadi cair dan melekat-lekat. Masukkan yis dan tepungsehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Uli dan uli sehingga doh lembut dan licin.

roti uli tangan

Rehatkan doh dalam sejam.Doh akan kembang sehingga 2 kali ganda. Pukul-pukul dan tumbuk adunan, untuk mengeluarkan angin di dalam doh. Uli doh untuk bun atau roti idaman anda.

roti sosej

 

roti sosej pintal
Photo Credit : chempakamerah.blogspot.com

Boleh Buat roti manis, roti sosej pintal mahupun roti pizza.

 

bun manis

Selepas dibentuk, biarkan doh atau rehatkan doh untuk mengembang dan lembut. Sapukan marjerin cair atau bancuhan kuning telur untuk mendapatkan warna yang cantik.

Bakar 150 darjah celcius sekitar 20-30 minit mengikut kesesuaian oven anda.

Selepas siap, sapu lagi sekali dengan susu cair atau marjerin bagi menjadikan roti lembut dan kekal gebu.

 

Selamat Mencuba

Kembali ke Atas