Penggemar Kopi Perlu Tahu. Perbezaan Americano, Breve, Latte, Cappucino etc
Pertama sekali, asas hampir setiap kopi di kedai kopi berjenama adalah Espresso. Ia bukanlah sejenis biji kopi (seperti Arabika atau Robusta), tetapi cara penyediaan minuman kopi tersebut.
Espresso adalah apabila air panas yang melalui tekanan tinggi (melalui mesin, bukan tekanan hidup) dipancutkan melalui serbuk kopi yang telah dikisar halus. Ini bersesuaian dengan maksud Itali bagi perkataan Espresso, iaitu sesuatu yang dikeluarkan secara paksa atau melalui tekanan. Ia antara yang paling pahit dan pekat. Boleh dikatakan sesiapa yang memerlukan ‘sepakan kafein’ akan meminta Espresso. Hendak lebih kuat lagi, mintalah Double Espresso.
Adalah penting bahan-bahan dimasukkan mengikut turutan kerana ia mempunyai nilai estetika dan nikmat rasa yang berbeza.
- Americano adalah campuran satu bahagian Espresso dan 3 bahagian air kosong.
2. Breve adalah campuran satu bahagian Espresso, dua bahagian susu separuh-separuh, dan satu bahagian bebuih (foam).
3. Caffe Latte pula adalah satu bahagian Espresso, dua bahagian susu, dan satu bahagian bebuih.
4. Flat white hampir sama sahaja seperti latte cuma tiada penambahan satu bahagian buih. Jadi flat white hanyalah satu bahagian Espresso, dua bahagian susu.
5. Cappuccino adalah satu bahagian Espresso, satu bahagian susu, dan dua bahagian bebuih.
6. Mocha. Minuman ini sesuai bagi mereka yang sukakan manis dan kurang gemar akan kepahitan kopi. Mocha dihasilkan dengan satu bahagian Expresso,satu bahagian sirap coklat, satu bahagian susu, dan penghujungnya satu bahagian krim putar. Ini adalah beza minuman Mocha berbanding yang lain, dimana para peminum mendapat rasa coklat dan krim putar, sesuatu yang jarang ada – atau boleh dikatakan tiada langsung – pada minuman-minuman lain yang tersenarai di atas.