Percutian Unik di Sahom Valley Agro & Eco Resort, Kampar, Perak
Percutian Unik di Sahom Valley Agro & Eco Resort
Siapa sangka Kampar, Perak mempunyai satu tarikan lokasi percutian berkonsepkan keindahan alam semulajadi yang mampu memberi nafas baru dalam diari percutian anda.
Terdapat beberapa pakej yang disediakan di Sahom Valley Agro & Eco Resort. Jika anda pergi bercuti secara berkumpulan, anda boleh melanggan pakej-pakej yang disediakan. Antara aktiviti dan kemudahan yang anda boleh lakukan bersama pakej tersebut adalah berkayak, jungle trekking, kemudahan swimming pool dan bilik seminar serta lain-lain. Kesemua pakej di sini mempunyai harga yang sangat berpatutan.
Antara tempat tinggal atau rumah menginap yang boleh menjadi pilihan adalah:
- Kampung Warisan, sesuai untuk keluarga atau kumpulan yang ramai.
- Kampung Buluh, satu rumah boleh memuatkan seramai 2-3 pax
3. Kampung Tepian Sungai
Berikut adalah itineri pengalaman bercuti selama 2 hari 1 malam di Sahom Valley Agro & Eco Resort.
Hari pertama :
1120-1420 : Perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Kampar, Perak dengan menaiki bas.
Jika anda memandu kereta secara konvoi, boleh cari lokasi beralamat berikut :
Sahom Valley Agro & Eco Resort
Lot 228800 Kg Sahom
31900 Kampar
Perak Darul Ridzuan
Facebook : sahom valley – agro & eko resort
1430-1500 : Menaiki kereta ke Sahom Valley Agro & Eco Resort
1500-1700 : Daftar masuk. Bersiar-siar dan beriadah di sekitar kawasan Sahom Valley Agro & Eco Resort
1700-1830 : Mandi sungai
Aktivit di malam hari adalah makan malam di restoran Sahom Valley Agro & Eco Resort
kemudian melakukan bbq sambil bermain permainan kad Monopoly.
Hari kedua :
0800 : Sarapan pagi
0900 : Bermandi-manda di dalam swimming pool Kg. Warisan sambil bermain gelongsor yang terdapat di swimming pool.
1000 : kayak di tasik
1100 : bersiap sedia untuk daftar keluar.
1200 : bertolak pulang ke Kuala Lumpur
Antara kelebihan di Sahom Valley Agro & Eco Resort adalah sajian yang sangat lazat dan segar di Restoran Sahom Valley Agro & Eco Resort. Ditambah pula dengan ‘plating’ yang sangat menarik menggunakan daun pisang dan buluh.