Punca Dan Cara Membantu Rejection Daripada Kanak-Kanak

Rejection Daripada Kanak-Kanak

Kita biasa lihat sebahagian murid-murid tahun 1 atau tadika akan menolak untuk didekati oleh guru kelas. Dalam keadaan lain, kita lihat anak kecil kita menolak untuk mendekati saudara mara yang dia jarang jumpa.

Apa Yang Sedang Berlaku ?

”Rejection” atau ”penolakan” daripada kanak-kanak adalah suatu kebiasan. Namum sebagai ibubapa atau guru, mereka perlu mengetahui tentang perkara ini dan perlu mempunyai kemahiran serta pengetahuan untuk mendekati mereka.

Rejection-Daripada-Kanak-Kanak1

Punca Rejection ?

Secara psikologi, punca rejection ini disebabkan perasaan takut.

Antara sebab kepada takut itu pula berkemungkinan datang daripada :

1. Perasaan tidak selesa.

2. Perasaan terancam.

3. Takut dengan orang lebih dewasa.

4. Mempunyai keyakinan diri yang rendah.

Bagaimana hendak membantu kanak-kanak ini ?

Kebanyakan kanak-kanak akan menyesuaikan diri dengan sendiri. Berikan mereka masa. Akan tetapi ada kanak-kanak yang memerlukan bimbingan. Ajak mereka bergaul seperti bertanyakan sarapan makan apa.

Puji setiap aktiviti yang mereka buat seperti melukis. Senyum dan gunakan bahasa yang sopan dan nada yang lembut. Mereka akan lebih selesa dengan situasi seperti ini.

Sumbangan artikel oleh : Muhammad Hosnee
dunialuas.wordpress.com

Kembali ke Atas