Resepi Ayam Bakar Ala Nando’s

RESEPI AYAM BAKAR ALA “NANDOS” SEDAP

Bahan-Bahan:
1.Ayam bahagian kepak atau paha 2kg
2.Sos tomato 240g
3.Sos cili 240g
4.Gula 120g
5.Garam 2 sudu mkn
6.Serbuk lada hitam 2 sudu mkn
7. Serbuk paprika 4 sudu mkn (atau lebih )
8. Bawang putih tumbuk lumat 2 sudu mkn (atau lebih)
9. Majerin 120g

Cara-cara:
1. Dalam periuk , masuk majerin bawang putih, Sos cili, sos tomato, serbuk lada hitam, serbuk paprik, garam, dan gula letak atas api guna api perlahan.
3. Kacau sehingga mendidih.
4. Setelah masak tutup api, sejukkan.
5. Gaul bersama ayam yang sedia tadi gaul lebih kurang 10 minit biar rata
6. Tutup dengan plastik simpan dalam peti ais selama 1 malam.
7. Kemudian bakar dlm oven dgn suhu 180’C selama 1 jam. Selepas 30 minit pertama terbalikkan.

Sumber : Senangnya Masak

Kembali ke Atas