Resepi Kek Coklat Moist

RESEPI KEK COKLAT MOIST MUDAH

BAHAN BAHAN KEK

– 240g Tepung gandum
-60g serbuk koko
-230g gula
-1 cawan minyak
-1 cawan susu cair ( guna 2 sudu susu tepung kacau dalam air pun boleh )
-5g asen vanila
-5g sodium bikarbonat
-2 biji telur

CARA CARA

– Campurkan semua bahan dan kacau guna senduk sehingga sebati (Sebelum tu panas pengukus dulu )

-Lapik loyang menggunakan kertas minyak dan tuang semua bahan tadi.

-Ikat kain pada penutup periuk pengukus.

– Kukus kek selama 60 minit ( Dah boleh mula check kek dengan cucuk guna selepas 50 minit, kalau dah ok boleh tutup api )

BAHAN BAHAN TOPPING

-30g serbuk koko
-2 sudu minyak masak
– 1 cawan susu pekat manis
-Coklat rice

CARA CARA

– Campurkan susu pekat manis, minyak dan serbuk koko dan gaul secara double boil. Agak agak likat terus angkat.

CARA HIDANG

– Setelah kek sejuk, letakkan toping keseluruhan kek.

– Taburkan coklat rice.

– Siap!

– Cair dalam mulut bakhanggg

TIPS:

1. Kukus kek lebih moist berbanding bakar.

2. Topping boleh adjust ikut selera masing masing, lebihkan/kurangkan susu atau serbuk koko.

3. Letak topping ketika kek sudah sejuk.

4. Resepi diatas boleh juga digunakan untuk buat cupcake. (Kukus 20 minit )

Selamat mencuba! ?

Kredit resepi: Nor Fahimah Abdul Halim

Kembali ke Atas