Kamar tidur merujuk pada ruang untuk istirahat dan membuai mimpi kala malam menjelma. Kepenatan seharian menuntut sesiapa sahaja mendambakan ketenangan dan keselesaan kala melelapkan mata. Oleh itu, elemen fabrik memainkan peranan penting dalam dekorasi dan tata hias sesebuah bilik beradu dan terus membantu anda mencipta mood mendamaikan. Web Impiana kongsikan info tentang pemilihan yang betul dari segi jenis, tekstur dan warna mampu menjadikan penggayaan kamar indah, selesa dan praktikal..
- Elakkan memilih fabrik sintetik seperti rayon atau poliester yang boleh menyebabkan suasana tidak selesa dan panas. Pilihan terbaik ialah kapas untuk katil dan langsir, dan chenille untuk ottoman.
- Gunakan warna lembut untuk timbulkan ketenangan, kerehatan dan senang lelap.
- Sekiranya inginkan fabrik yang bercorak atau berbunga, pastikan pilihan tidak terlalu contrast kerana bimbang ia akan mengakibatkan suasana serabut dan ësibukí.
- Gunakan fabrik warna pastel, bertekstur dan ton lembut bagi mencetuskan suasana yang relak dan elegan.
- Jika gaya hidup anda sentiasa sibuk dan tidak mahukan penjagaan fabrik kamar yang rumit namun mahu kamar tampil bergaya, pilihlah fabrik kapas yang berenda atau kapas bertekstur kerana ia senang dicuci dan berciri sederhana.
- Rekaannya cadar juga perlulah ringkas dan memenuhi keperluan penghuni kamar. Cadar jenis fitted mudah dan senang dipasang serta tidak mudah tertanggal. Manakala cadar jenis gebar pula lebih tradisional dan tidak berapa praktikal bagi penghuni kamar yang aktif kerana mudah tertanggal dan saiznya yang agak besar.