Resepi Laksa Sarawak Mudah Sahaja!

Bahan-bahan laksa:

Bihun (dicelur dan ditoskan)
Isi ayam (digoreng lebih sedap)
Tauhu goreng
Telur dadar
Tauge (dicelur seketika)
Cendawan hitam (dicelur)
300g udang (dicelur)
Telur rebus
Sambal belacan dan limau kasturi
Cara penyediaan sambal belacan:

Kisar (menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah dan 10 tangkai cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing) bersama-sama 3 sudu belacan dan sedikit garam.

Bahan-bahan kuah laksa:

200g pes laksa sarawak Haji Manan
2 liter air
200g udang tanpa kulit – boleh juga dicincang
2 batang serai – dititik
200ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakan kuah laksa:
Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah, santan, garam, gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.
Cara Menghidang laksa Sarawak:
Sediakan mangkuk, masukkan bihun, dan bahan-bahan laksa di atasnya. Lengkapkan dengan kuah laksa dan sambal belacan. Perahkan limau kasturi dan laksa sudah sedia untuk dinikmati.

Sumber : makansedap.my

Kembali ke Atas