Seni Bercakap Dan Berkomunikasi Dengan Anak. Ibu Bapa Harus Baca Tips Ini
Anak-anak yang sedang membesar memerlukan perhatian. Anak-anak juga semakin banyak bercakap. Tidak kurang ada yang memerlukan sokongan dan sedikit pelat apabila mahu memulakan perbualan.
Buka seluas luasnya pintu untuk anak kita berkomunikasi dengan kita. !
Adakah kita menggalakkan anak kita bercakap?
Contoh: Cantiknya lukisan ni, ini kakak lukis tentang apa?
Atau memendekkan peluang anak bercerita
Contoh: Cantik!
Adakah kita menggalakkan komunikasi:
Contoh: Kakak, Mama pergi kerja sekejap ya. Esok kakak nak pergi mana?
Atau Menutup komunikasi
Contoh: Kakak ni asyik nangis je! Mama balik lah petang nanti.
Adakah kita memberanikan anak untuk bercerita kepada kita
Contoh: Oh air tumpah ya. Kakak rasa, kita kena buat apa ya, supaya adik kita tak jatuh nanti?
Atau menakutkan mereka untuk berterus terang
Contoh: Kenapa tumpahkan air haaa? Nanti adik jatuh, macam mana? !
Kadangkala, kebiasaan kita yang dianggap remeh itu, sangat besar kesannya pada hati kecil si anak. Beri sokongan positif serta galakkan anak-anak menjadi kreatif dalam menjawab dan membalas percakapan.
Kita ibu bapa hebat !!
LIKE Pamapedia DI SINI