Si Manja Pun Boleh Stress?
Stress mudah terjadi pada si manja berumur 6 – 11 tahun dan tindak balas stress boleh menyebabkan si manja tidak sihat dari segi fizikal dan juga emosi.
TANDA SI MANJA STRESS
Perubahan pada emosi.
Kerap mengadu sakit kepala dan perut.
Mengalami masalah tidur.
Hilang selera makan.
Kurang bercakap.
Hilang tumpuan dalam belajar.
TIPS MENGATASI STRESS SI MANJA
✔️ Bergurau senda dengan si manja kerana pada waktu-waktu begini si manja lebih mudah bercerita masalah yang dialami.
✔️ Menghargai perkara yang si manja buat seperti ” terima kasih si manja buah hati mama..”
✔️ Jangan marah apabila si manja gagal atau melakukan kesilapan. Bersikap positif apabila anak gagal dalam pembelajaran, ambil alternatif lain seperti luangkan masa mengajar anak selain dari menghantar ke kelas tambahan.
✔️ Tetapkan masa untuk waktu makanan ringan yang sihat. Si manja sangat meminati makanan ringan. Ini juga dapat menaikan selera makan si manja.
✔️ Beritahu si manja tentang harapan keluarga dan masa depan si manja secara perlahan-lahan dan jangan terlalu memaksa ini akan memberi tekanan pada si manja. Beritahu si manja lakukan yang terbaik dan jangan risau apabila gagal kerana erti gagal adalah apabila kita berhenti berusaha.