Tips S-A-F-E Selamat Pulang Ke Kampung

TIPS S-A-F-E SEBELUM MEMANDU

Rambut serabai mengalahkan pontianak. Mata merah menyala. Nak dibuka mata luas – luas suatu penyeksaan. Gerak lenggok jalan sudah seperti Zombie Kampung Pisang.

Teringat pula pesanan ibu di Kampung.
“Along balik nanti Mak masakkan rendang ayam istimewa untuk Along.”

Terbayang jeritan tawa anak bongsu.
“Yay yay Papa balik. Dapat mainan. Yay yay.”

Digagahkan juga berjalan ke tempat letak kereta. Dibuka pintu, lantas memulas kunci untuk memulakan enjin kereta.

Akibat terlalu sibuk dengan jadual kerja yang padat, kenderaan sudah setahun tidak diselenggara. Kali terakhir tayar ditukar adalah empat tahun yang lalu. Tidak pasti samada bunga masih ada tidak. Tekanan udara tayar sudah lama tidak diperiksa.

Masih mahu meneruskan perjalanan?

Di musim raya ini, bilangan kenderaan di jalan raya meningkat secara mendadak. Bandar – bandar di luar ibu kota seperti Kota Baru dan Taiping sesak dengan kenderaan membawa keluarga – keluarga pulang ke kampung halaman.

Perjalanan yang biasanya memakan masa 30 minit, kini menjadi 2 jam. Adakah tumpuan yang baik dapat diberikan kepada pemanduan?

Ingatlah orang tersayang. Lebih baik mereka menanti di rumah daripada menanti jasad di bilik jenazah.

Ikuti kaedah Be SAFE.

1. S – SAFETY
Pastikan kenderaan yang dipandu selamat digunakan. Aspek utama yang harus dititikberatkan adalah pada tayar dan brek. Elakkan memandu jika bunga tayar sudah botak atau tidak sekata. Cengkaman tayar ke permukaan jalan bergantung kepada bunga tayar yang ada.
Keadaan brek kenderaan perlu disemak rapi. Jika dapati tekanan yang berlebihan perlu dikenakan untuk memberhentikan kenderaan, cepat – cepat bawa ke bengkel. Begitu juga jika terdapat bunyi geseran besi apabila brek ditekan.

2. A – Alternative Transport
Jika nak buka mata pun seksa dan jalan seperti Zombie, tinggalkan kenderaan di tempat selamat dahulu. Gunakan perkhidmatan Ride Hailing Application, Teksi atau minta rakan dan saudara mara untuk membantu bawa pulang ke rumah dengan selamat.

Sedikit tips untuk Ride Hailing.
i. Pastikan anda menaiki kenderaan dan pemandu yang sama seperti yang dipapar dalam aplikasi.

ii. Lihat ‘rating’ pemandu anda. Elakkan menaiki kenderaan yang dipandu oleh pemandu rating rendah.

iii. Sebelum menaiki kenderaan tersebut, pastikan tiada penumpang lain di dalam. Buat waktu ini, tiada fungsi car pooling dalam aplikasi. Satu kenderaan, satu pelanggan sahaja (*kecuali khidmat Grabshare oleh Grab).

iv. Hebahkan kepada ahli keluarga dan rakan berkenaan nombor kereta, nama pemandu, destinasi dan masa dijangka tiba ke destinasi.

3. F – FATIGUE. RECOGNIZE IT
Kenali tanda – tanda penat. Dah mata kuyu tu, memang penat lah. Tak perlu tunggu microsleep. Bertemu sahaja lampu isyarat merah, pasti berdengkur.

BERHENTI. Cari tempat letak kenderaan yang teduh sikit, turunkan sandaran tempat duduk, beedengkur sahaja terus. Lambat sampai rumah tak mengapa. Asalkan selamat.
Jika masih di perkarangan hospital gunakan fasiliti bilik oncall. Rileks dulu. Dah rehat, dah gosok gigi dan mandi, baru mulakan perjalanan.

4. E – EMPOWERMENT
Ketika waktu lapang, luangkan masa dan sedikit wang Ringgit untuk mempelajari teknik – teknik safe driving dan defensive driving. Syarikat seperti Honda ada menyediakan khidmat ini untuk pelanggan mereka.

 

Sumber : Medical Mythbuster Malaysia

LIKE Pamapedia DI SINI 

Kembali ke Atas