7 Jenis Karakter Anak. Superhero Atau Drama Queen ?
7 Jenis Karakter Anak. Comel !
1. Superhero

Aduhai, mama perlu kejar satu rumah setiap kali mahu memakaikan baju. Suka memanjat dan terjun bagaikan superhero
2. Fashionista

Biasanya drama-queen, bijak berkata-kata, gemar menyanyi dan menari. Make-up mama dan segala perkakas di meja solek semuanya dia tahu.
3.Prihatin Dan Peramah

Ramah !! tegur semua orang dan segala benda. Jika membeli-belah, mulutnya becok mengomel dan sibuk memberi pendapat pada mama ayah.
4. Manja atau Clingy ?

Pantang diusik ataupun bergurau. Mudah betul merajuk dan menangis. Tidak suka berjauhan dengan mama atau ayah.
5. Atlet

Di mana-mana sahaja boleh jadi padang permainan. Lompat tanpa rasa penat. Jika ke pasaraya, cabaran untuk ayah dan mama main kejar-kejar bersama.
6. Makan-type

Bila-bila masa, di mana sahaja. Malahan dalam setiap gambar selfie mesti pegang makanan. Baru sahaja makan tengahari sudah kata “lapar lagi la mama”
7. McGyver

Gemarkan barang yang komplikated. Mereka akan mudahkannya. Mereka genius, bijak membaca manual dan tahu membaiki semua robot dan basikal di rumah.