Wujudkah Benjamin Button di dunia sebenar?

Seorang bayi lelaki yang mempunyai raut wajah seperti seorang lelaki yang berumur 80 tahun sebenarnya mempunyai masalah kesihatan yang lain yang menyebabkan raut wajahnya kelihatan lebih tua daripada usianya.

Bayi yang dilahirkan di Magura, Bangladesh ini mempunyai kedutan di muka, mata yang cengkung, badan yang mencengkung dan lapisan rambut yang tebal di belakang badannya.

Doktor tempatan yang terkejut dengan penemuan kes yang jarang ditemui ini percaya bahawa bayi ini dihidapi penyakit Progeria.

Kes ini yang hanya didapati satu dalam empat juta - akan mengganggu kehidupan kanak-kanak daripada menjalani kehidupan normal seperti biasa dan akan mengakibatkan badannya untuk tua sebelum usianya.

Doktor yang merawat bayi tersebut berkata, ‘Bayi ini tidak kelihatan seperti bayi yang baru lahir.’

‘Ada beberapa tanda penuaan seperti kedutan yang lebih di mukanya dan kulit yang bertekstur kasar.’

Namun, kedua ibu bapa bayi ini kelihatan sangat gembira dengan kelahiran cahaya matanya yang dianggap sebagai ‘bayi yang ajaib’ dan tidak dapat menyembunyikan kegembiraan mereka.

Ayah bayi tersebut, Biswajit Patro berkata, ‘Kami hanya mampu bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan. Tidak ada apa perkara untuk disedihkan dengan kelahiran anak lelaki saya ini.’

 

‘Kami akan terima dia seadanya. Kami teramat gembira dengan kehadirannya sebagai bayi lelaki di dalam rumah kami.’

benjamin button

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

‘Kami amat bersyukur dengan kelahiran anak perempuan kami. Sekarang kami ditambah dengan ahli baru dan menjadikan kami empat sekeluarga. Apa lagi yang perlu kami minta.’

Patro dan isterinya, Parul tertanya-tanya kenapa orang ramai datang ke rumahnya hanya untuk melihat bayinya.

benjamin button

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Keluarganya sentiasa bersikap positif dan yakin bahawa bayi yang baru lahir itu akan membesar dengan sihat walaupun pada kebanyakan bayi yang menghidap sindrom penyakit ini tidak dapat hidup lama melebihi usia 13 tahun.

Progeria, yang juga dikenali sebagai Hutchinson-Gilford Progeria Syndrome (HGPS) adalah berpunca daripada satu kesilapan di dalam genetik di mana berlakunya protein abnormal. Sel-sel yang menggunakan protein di dalam badan inilah yang di katakan sebagai progerin dan ia mudah untuk dicerna. Keadaan ini akan bertambah dan menyebabkan bayi itu berusia lebih tua dengan cepat daripada yang sepatutnya. Namun begitu, penyakit atau sindrom ini dikatakan tidak akan diwarisi oleh generasi seterusnya.

Kembali ke Atas