4 Hadiah Berharga Untuk Pasangan Suami Isteri Setiap Hari
Hadiah Sentuhan
Hadiah ini lebih istimewa kerana ia lebih membabitkan sentuhan di mana sentuhan memainkan peranan penting dalam merapatkan satu-satu hubungan. Jangan kedekut untuk memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan terhadap pasangan anda kerana perbuatan sekecil ini mampu menunjukkan kasih sayang yang tersurat
Hadiah Sehelai Nota Cinta
Berikan nota ringkas seperti ‘Saya sayang awak’ atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi dan letakkan ia di tempat yang tidak disangka oleh pasangan kita seperti di poket baju, depan cermin keret atau di dalam kasut. Ia adalah cara terbaik unutk menunjukkan kasih sayang anda pada pasangan masing-masing terutama bagi yang sibuk bekerja dan kurang masa bersama
Nota kecil yang mempunyai makna yang besar ini secara tidak langsung memberi semangat dan pengertian bahawa anda benar-benar menyayangi pasangan anda. Tidakkah itu hadiah yang paling mudah dilakukan?
Hadiah Puji-pujian
Puji-pujian merupakan sau perkara yang sangat senang diberi tetapi jarang dilakukan. Tidak biasa adalah antara alasan yang diberi oleh suami dan isteri yang amat sukar memuji pasangannya. Cuba praktikkannya sekarang dan lama-kelamaan ia akan menjadi amalan dan kebiasaan anda
Contohnya, pasangan anda memakai baju biru dan anda mengatakan ‘Baju biru ini sesuai sekali untuk awak’. Pujian ini walaupun tidak mengapa jika tidak diucapkan akan tetapi ia mempunyai nilai yang sangat tinggi kepada orang yang anda sayang
Hadiah Doa
Ini adalah hadiah yang paling penting dan bernilai daripada hadiah-hadiah yang lain. Doa adalah sesuatu yang bersifat spiritual dan tidak boleh diukur dengan mana-mana nilai sekalipun. Sama ada suami atau isteri, berdoalah demi kesejahteraan keluarga dan rumah tangga yang dibina selama ini.
Semua hadiah yang percuma sahaja kan? Mulakanlah langkah anda memberikan hadiah percuma dan tanpa bajet ini kepada pasangan masing-masing. Janganlah malu atau berasa segan walaupun pertama kali melakukannya. Ini kerana semuanya adalah untuk kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga anda juga.
Sumber : Mingguan Wanita