4 Makanan Untuk Otak Anak – Ianya Bukan Makanan Biasa

4-makanan-untuk-otak-anak1

Makanan minda atau makanan untuk perkembangan otak anak-anak, kali ini bukanlah tentang jenis makanan namun bentuk ‘makanan otak’ yang membantu menjaga otak secara fizikal dan spiritual.

1. PERUT – makanan yang dimakan si manja di bawah usia 7 tahun sebaiknya adalah yang tidak ada perasa atau pewarna tambahan. Elakkan makan makanan segera serta yang dijual dalam persekitaran yang kotor. Makan makanan yang segar dan baru di masak adalah lebih baik. Elakkan makanan yang dihangatkan berkali-kali.

Makanan yang dimakan juga memberikan kesan kepada kesihatan otak si manja. Makanan yang kaya khasiat dan nutrisi akan menjadikan prkembangan sel-sel otak yang sihat dan sempurna.

2. MATA – apa sahaja yang dilihat anak-anak adalah satu bentuk makanan bagi otak anak-anak. Elakkan menonton rancangan yang berbentuk ganas, lucah walaupun ianya rancangan kartun yang dikatakan sesuai untuk kanak-kanak. Ada antaranya yang mengunakan bahasa kesat yang boleh mempengaruhi pemikiran si manja.

Malahan suasana di restoren atau shopping mall yang penuh dengan orang merokok, berpeleseran serta mempamerkan budaya tidak manis juga perlu dielakkan.

3. SENTUHAN – setiap sentuhan kulit ke kulit, pelukan hangat dari ibu ayah merupakan satu makanan emosi yang memberikan rasa selesa, tenteram serta selamat buat anak. Jiwa yang tenteram memberi impak kepada kesihatan otak yang lebih cergas dan cerdas.

4. HATI – makanan hati adalah makanan jiwa. Fitrah sebagai seorang manusia perlukan pengisian hati yang baik-baik. Sebagai seorang muslim ajarkan si manja untuk mengaji di awal usia, menghafaz doa serta surah-surah lazim. Ajarkan juga adab-adab dalam pergaulan, adab makan, adab bermain serta adab belajar.

Kombinasi 4 perkara penting ini memberikan kesihatan mental kepada otak si manja dari pelbagai aspek. serta melengkapkan keperluan si manja untuk membesar.

Kembali ke Atas