Tips Pakaian Sempurna Buat Wanita Hamil
Pakaian Sempurna Buat Isteri Hamil
Kehamilan merupakan tempoh yang cukup penting bagi seorang wanita. Sebelum tiba waktu untuk bersalin, seorang ibu yang sedang hamil pastinya mengalami perubahan fizikal yang jelas dan nyata. Perubahan fizikal yang dimaksudkan adalah perubahan bentuk tubuh terutama di bahagian perut iaitu ia akan membesar sehingga pakaian yang biasa dipakai mulai sempit dan tidak selesa seperti biasa. Tip fesyen kali ini berkongsikan tip memilih busana hamil yang sempurna mengikut usia kandungan.
USIA KEHAMILAN 1-3 BULAN
Ketika anda berada di dalam tempoh awal kehamilan, celana atau seluar yang terbaik yang boleh anda pilih ialah daripada pakaian yang diperbuat daripada bahan yang lembut. Ini cukup penting bagi memastikan perut anda tidak melecet dan mengakibatkan luka. Untuk baju pula, anda boleh memilih baju yang lebih longgar agar anda berasa selesa dan nyaman.
USIA KEHAMILAN 4-6 BULAN
Pada usis kehamilan yang sudah memasuki trimester kedua ini, perut anda mulai nampak dan tibalah waktu untuk anda mulai membeli beberapa pakaian hamil yang sedikit longgar serta tidak terlalu ketat. Anda boleh memakai seluar denim ataupun legging yang khusus untuk ibu hamil. Ia boleh dipadankan dengan blaus mahupun t-shirt longgar agar memberi lebih keselesaan buat ibu hamil.
USIA KEHAMILAN 6-9 BULAN
Pada usia kehamilan yang sudah memasuki trimester ketiga ini, pastinya perut anda jelas kelihatan, Walaubagaimanapun, anda masih boleh memakai seluar denim mahupun legging yang khusus buat ibu hamil. Namun begitu, pastikan bahagian atasnya lebih longgar dan potongannya lebih polos. Bagi mendapatkan keselesaan optimum dan memudahkan pergerakan, anda dinasihatkan untuk memakai busana jenis dress labuh agar anda sentiasa berasa selesa dan nyaman.
Sumber :Pesona Pengantin