5 Pilihan Taman Tema Sesuai Seisi Keluarga Untuk Cuti Sekolah

Cuti sekolah hujung tahun dah semakin dekat !!

Pastinya ibu ayah sedang sibuk mencari manakah destinasi untuk bawa anak-anak jalan-jalan. Apa kata bawa sahaja ke Taman tema, bukan sahaja boleh main air malah banyak permainan menarik yang pastinya menggembirakan seisi keluarga.

#1 IPOH

Antara tarikan yang terdapat di Ipoh, Perak.  Pada musim cuti sekolah, Ipoh merupakan antara kawasan yang sentiasa dipenuhi pengunjung yang ingin membawa anak-anak untuk bergembira bermain permainan taman tema di Lost World of Tambun. Malahan lokasi Ipoh yang terletak di tengah-tengah perjalanan lebuhraya utara dan selatan sungguh mudah untuk diakses.

 

Selain itu, Ipoh juga terkenal dengan bandarnya yang cantik kerana mengekalkan bangunan yang dibina sejak zaman penjajahan British.

Makanan yang terdapat di Ipoh juga menarik ramai pengunjung untuk datang menikmati sendiri makanan yang hanya boleh didapati di Ipoh :

  1. Nasi Ganja Ipoh
  2. Laksa Sarang, Taman Botani , Ipoh
  3. Mee Rebus Ramli

#2 PULAU PINANG 

Taman tema yang baru ditambahbaik iaitu Escape di Teluk Bahang, Penang pasti memberi pengalaman yang luar biasa kepada anak-anak anda pada musim cuti sekolah kelak.

Jangan lupa untuk mencuba segala makanan-makanan yang sangat popular di Penang kerana kelazatannya.

 Baca : 6 Menu Wajib Cuba Bila Anda Ke Pulau Pinang 

#3 MELAKA

Terdapat dua taman tema air yang menjadi tarikan anak-anak jika berkunjung ke Melaka.

 

Melaka Wonderland

Terletak berhadapan Zoo Melaka, taman tema yang dikelilingi oleh hutan rekreasi seluas 360 hektar menawarkan lebih 12 tarikan diikuti Taman Dinosaur dan Taman Ekstrem untuk aktiviti lasak seperti Go Kart serta Paintball. Turut disediakan permainan Aqua Bubbles yang mana pengunjung masuk ke dalam belon besar dan berjalan di atas air. Menariknya suasana di sini seperti pesta fun fair dengan adanya deretan kedai yang menawarkan pelbagai jenis permainan dengan hadiah menarik untuk dimenangi.

A Famosa Waterpark

Antara tarikan utama adalah pantai buatan, luncur air setinggi 7 tingkat, halangan air dan banyak lagi. Selain itu, taman tema ini menyediakan pelbagai kawasan riadah seperti kawasan bermain layang-layang, pusat ekuestrian, pusat memanah, laluan berbasikal dan kolam memancing. Safari Wonderland pula memberi peluang kepada kanak-kanak melihat haiwan liar dalam habitat yang asal manakala bangunan berkonsepkan Wild West membuatkan anda seolah-olah mengembara di dunia koboi.

Paling penting untuk anda menempah hotel di Melaka adalah dengan membandingkan harga yang paling berbaloi kerana sememangnya terdapat banya hotel di Melaka. Namun, jika terlambat kebanyak hotel menarik pasti penuh ditempah memandangkan Melaka adalah destinasi popular walaupun bukan cuti sekolah atau cuti umum.

#JOHOR BAHRU

Legoland Waterpark

Memang mengujakan! Di dalam taman tema ini juga diletakkan lebih 70 model sebagai tarikan pengunjung. Zon permainan dibahagikan kepada tiga kategori: keluarga, kanak-kanak bawah 5 tahun dan kanak-kanak atas 5 tahun.

Build-A-Raft River misalnya popular di kalangan kanak-kanak kerana mereka boleh menguji minda dengan membina rakit sendiri mengguna kepingan Lego lembut manakala Joker Soaker membolehkan kanak-kanak bermain meriam air sambil 77 liter air dicurahkan ke atas mereka.

Selain itu, makanan-makanan warisan Johor juga sangat menarik seperti Kacang pool, Mee Bandung, Rojak Petis dan juga yang menjadi kegemaran ramai Laksa Johor.

 

# BANDAR SUNWAY – SUNWAY LAGOON 

2 kawasan utama yang menjadi tarikan utama di kawasan Bandar Sunway, Petling Jaya ini adalah Sunway Lagoon dan Sunway Pyramid. Sunway Pyramid merupakan pusat beli-belah yang diilhamkan daripada binaan piramid yang unik. Manakala Sunway Lagoon pula merupakan sebuah taman tema yang sangat menyeronokkan terutamanya permainan di kawasan taman air. Sekiranya anda mengimpikan percutian unik bersama anak-anak anda, kawasan Bandar Sunway sememangnya pilihan yang terbaik.

Di sini kami juga ingin berkongsi dengan ibu dan ayah mengenai cara untuk mendapatkan penginapan hotel di semua destinasi yang kami syorkan di atas pada harga yang paling rendah!

Anda hanya perlu layari www.hotelscombined.com atau muat turun aplikasi HotelsCombined di AppStore atau GooglePlay. Kemudian anda boleh bandingkan harga dari semua laman web tempahan hotel terkenal dan pilih harga hotel yang paling murah. Senang kan? Jimat dan ibu-ayah tidak perlu pening lagi.

 

 

Kembali ke Atas