9 Makanan Yang Dapat Mencegah Dan Melawan Demam Selsema ‪#‎4 Paling Sedap

Salah satu cara terbaik untuk melawan demam selsema ialah dengan menguatkan imunisasi badan anda. Dave Grotto merupakan pengarang buku 101 Foods That Could Save Your Life mendedahkan salah satu di dalam buku beliau iaitu 9 makanan yang dapat menambah vitamin dan nutrien yang diperlukan untuk melindungi dan melawan demam selsema.

 

Makanan-Yang-Dapat-Mencegah-Melawan-Demam-Dan-Selsema

‪#‎1 Cendawan

Cendawan banyak digunakan dalam makanan kesihatan dan juga ubat-ubatan traditional. Tahukah anda, cendawan mempunyai Selenium dan Beta Glucan. Selenium menguatkan sel darah putih dan Beta Glucan menghasilkan sel-sel yang mencari dan menghapuskan sel-sel tidak baik.

 

 

Makanan-Yang-Dapat-Mencegah-Melawan-Demam-Dan-Selsema1

‪#‎2 Bawang Putih

Kandungan Phytochemical Allicin yang ada di dalam bawang membantu melawan selsema. Kajian di British mendapati pesakit yang mengambil Allicin Supplements pulih lebih cepat daripada yang tidak mengambil. Expert menyarankan supaya mengambil dua ulas sehari.

 

 

Makanan-Yang-Dapat-Mencegah-Melawan-Demam-Dan-Selsema2

‪#‎3 Tea

Hasil penyelidikan di Harvard University, seorang individu yang minum 1-4 cawan tea sehari dapat menahan imun badan selama 2 minggu. Tea juga mengandungi Catechins dan ECGC yang membantu membesihkan radikal bebas.

 

 

Makanan-Yang-Dapat-Mencegah-Melawan-Demam-Dan-Selsema-3

‪#‎4 Yogurt

Sistem usus badan adalah antara yang organ yang paling besar dan penting. Jadi setiap makanan yang dimakan akan mendatangkan kesan pada usus. Yogurt membantu menguatkan sistem imun dan mengelak dari sembelit. Menurut University of Vienna di Austria. 1 hidangan yogurt sehari dilabelkan sebagai ”live and active cultures”.

 

 

Makanan-Yang-Dapat-Mencegah-Melawan-Demam-Dan-Selsema-4

‪#‎5 Dark Chocolate

Pakar pemakanan bersetuju Chocolate sesuai untuk diet sihat jika diambil dengan kadar yang betul. Menurut British Journal of Nutrition Chocolate boleh menambah sistem imunisasi badan. Chocolate membantu T-helper sel melawan sebarang jangkitan.

 

 

Makanan-Yang-Dapat-Mencegah-Melawan-Demam-Dan-Selsema-5

‪#‎6 Kacang Badam

Badam mempunyai Antioxidan Vitamin E yang boleh mengurangkan anda terkena selsema. Selain daripada kacang badam bijirin lain juga boleh membantu menguatkan sistem imunisasi badan.

 

 

Makanan-Yang-Dapat-Mencegah-Melawan-Demam-Dan-Selsema-6

‪#‎7 Strawberi dan Oren

Kedua buah ini diperkaya dengan Vitamin C. Bila sebut tentang Vitamin C mesti buah oren adalah yang pertama muncul. Tahukah anda Strawberries mempunyai Vitamin C lebih banyak dari buah oren dan strawberry juga kurang kalori.

 

 

Makanan-Yang-Dapat-Mencegah-Melawan-Demam-Dan-Selsema-7

‪#‎8 Ubi Keledek

Beta-carotene yang ada pada keledek meningkatkan sistem pertahanan badan. Ia juga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan sel-sel imun untuk melawan toksin yang berbahaya. Makanan lain seperti labu. tembikai dan lobak merah juga merupakan sumber utama meningkatkan sistem imun badan.

 

 

Makanan-Yang-Dapat-Mencegah-Melawan-Demam-Dan-Selsema-8

‪#‎9 Ikan Salmon

Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak. Ikan Salmon mempunyai Vitamin D. Kajian menunjukan individu yang mempunyai Vitamin D susah untuk dijangkiti penyakit.

 

 

 

Kembali ke Atas