Guna Google 3D Animal Untuk Lihat Haiwan Dalam Augmented Reality Di Rumah #Anak-anak Pasti Suka

Aktiviti yang menarik boleh dibuat dengan anak-anak di rumah

Tahun lepas Google telah memperkenalkan Google Animal supaya pengguna Google dapat berinteraksi dengan haiwan secara lebih dekat melalui teknologi Augmented Reality

Untuk menggunakan fungsi ini anda hanya perlu :

1. Google nama haiwan tersebut contoh , Tiger atau Giant Panda

 

 

2. Di bawah imej yang dipaparkan ada tertulis  “Meet a life-sized giant panda up close”

 

 

3. Klik ‘view in 3D’ button dalam 30saat , kemudian klik ‘view in your space’  atau klik AR untuk melihat haiwan tersebut di hadapan anda !

 

 

4. Anda juga perlu memberi kebenaran pada Google untuk akses kepada camera telefon

 

5. Untuk pengguna iPhone ianya memerlukan iOS 11.0 atau ke atas dan Android 7.0 ke atas

6. Antara binatang yang boleh dilihat seperti Singa, Kuda, Whale, Turtle, Harimau dan pelbagai lagi…cubalah explore dengan anak-anak nanti

Kembali ke Atas