Anak bongsu Obama bekerja sambilan untuk menghabiskan cuti sekolah kini…

AMERIKA SYARIKAT – Anak bongsu kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, Natasha Obama, 15, menjadi perhatian dunia apabila dia dikesan melakukan kerja sambilan di sebuah restoran makanan di Massachusetts.

keluarga-obama_20160807_134117

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Natasha, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Sasha, bekerja di sebuah restoran makanan laut popular di Martha’s Vienyard.

Menurut Boston Herald, Sasha dilihat bekerja di tempat mesin duit dan juga sibuk menguruskan meja sebelum restoran itu dibuka untuk makan tengah hari.

Biarpun cuba hidup sebagai orang normal, Sasha tidak dapat lari dari protokol.

Difahamkan, enam ejen akan menunggu kawasan itu untuk mengawasi dan membantu Shasa.

Kami pelik mengapa ada enam orang tolong gadis ini, tapi akhirnya kami tahu siapa sebenarnya dia“, kata seorang pekerja di restoran itu.

kk

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Foto Sasha bersama dengan pembantunya

Apabila waktu bekerjanya sudah tamat, Sasha dan seorang rakannya dilihat memasuki SUV itu sambil membawa satu tray minuman untuk pengawal-pengawalnya.Ketika Sasha bekerja, kesemua ejen itu akan memerhati dari sebuah SUV dan juga bangku berdekatan.

Sementara itu, beberapa rakaman gambar Sasha bekerja di restoran tersebut turut viral di media sosial.

Gambar itu menunjukkan Sasha dalam pakaian seragam biru dan bertopi, berkhidmat sebagai pelayan restoran.

Rumah Putih setakat ini masih belum mengulas laporan itu tetapi sebelum ini, Wanita Pertama Michelle Obama pernah menyatakan bahawa beliau akan membesarkan kedua-dua anak perempuannya seperti remaja biasa.

Kembali ke Atas