Betulkah Chocolate Boleh Hilangkan Stress ?

coklat-boleh-kurangkan-stress

Sering kita mendengar makan chocolate dapat menghilangkan stress, betulkah boleh ?

Yes chocolate dapat membantu kita mengurangkan stress.

Rasa manis dan khasiat yang ada pada chocolate dapat mengurangkan tekanan stress dan salah satu dari kenyataan ”Psychology Today”. Wanita hamil yang mengambil chocolate pada kadar yang betul dapat melahirkan anak yang bebas stress.

Di syorkan ambil Dark Chocolate.

Kenapa Dark Chocolate ?

Dark Chocolate mempunyai kandungan tidak sihat yang lebih rendah daripada chocolate lain. Coklat gelap juga kaya dengan antioksidan. Antioksidan membantu badan anda daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kepada sel badan.

Manfaat Kesihatan Yang Lain

templete-size-blog

Coklat meningkatkan kadar kesihatan jantung

Dark Chocolate merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan serta risiko menghidap penyakit jantung.

 

coklat-boleh-kurangkan-stress-1

Boleh Mengurangkan Risiko Diabetis.

Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.

 

coklat-boleh-kurangkan-stress2

Mengurangkan Batuk

Ramuan dalam coklat yang dipanggil “Theobromine” mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Sekitar rahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.

 

coklat-boleh-kurangkan-stress4

Melindungi Kulit

Dark Chocolate adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari.

 

coklat-boleh-kurangkan-stress3

Meningkatkan Fungsi Otak

Dark Chocolate mengandungi bahan-bahan perangsang seperti kafein dan theobromine yang menjadi sebab utama dapat meningkatkan fungsi otak dalam jangka pendek. Dengan lebih jelas lagi Dark Chocolate dapat meningkatkan aliran darah ke otak yang mampu membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan peka.

 

Kembali ke Atas