Cara Membersihkan Kerak Di Kulit Kepala Bayi

Masalah kulit kepada berkuping kerap berlaku di kalangan bayi di bawah usia 8 bulan. Ia kelihatan seperti kelemumur yang timbul di sebagai satu kawasan merah atas kulit kepada bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok berminyak. Kerak ini akan membuatkan bayi gatal dan bau yang kurang menyenangkan.

Adakah Kerak Ini Berbahaya?

Kerak kepala boleh menjadi radang atau infeksi jika tidak dibersihkan dan dirawat. Jangan ambil mudah kerana kerak ini akan bertambah dan sukar untuk menghilangkannya malah boleh merebak di bahagian tubuh yang lain seperti wajah, leher dan dada.

Perkara Yang Perlu Elak

1. Cuaca atau suhu yang panas akan membuatkan bayi berpeluh dan kawasan kerak akan bertambah dan gatal.

2. Jangan pakaikan topi pada bayi terlalu lama.

3. Meletakkan bedak di kepala bayi.

4. Jangan memaksa mengelupas kerak dalam keadaan kering kerana akan membuat kepala bayi luka.

 

Cara Membersihkan Kerak Kulit Di Kepala Bayi

1. Sediakan minyak atau krim anti kerak kepala, berus rambut bayi dan tuala. krim anti-fungus untuk bayi  dan jika tiada boleh gunakan minyak kelapa, santan kelapa atau minyak zaitun.

2. Letak sedikit minyak pada tuala kecil.

3. Gosok mengunakan tuala bayi yang telah diletakkan minyak. Gosok dengan perlahan-lahan dan lembut supaya tidak luka atau melecet.

Follow Kami di Facebook dan kongsikan pendapat anda.

 

 

Kembali ke Atas