Disebalik Uniknya Tadika ABS

Membawa motto AKTIF, BIJAK & SANTUN menjadikan tadika ABS berbeza dengan tadika atau pra-sekolah yang lain.

tadika abs logo

Santun membawa erti adab sopan yang mahu dipupuk dan diterapkan dalam jiwa anak-anak kecil yang belajar di sini.

 

Salah satu cawangan tadika ABS

Salah satu cawangan tadika ABS

 

Rangkaian Tadika ABS menawarkan 3 nilai:

1) Guru-guru mengaplikasi Teknik Nabi bagi mendorong pelajar supaya suka belajar. Kanak-kanak tidak dimarahi, diugut, dileteri, disindir, ataupun dihukum, sebaliknya mereka didorong dengan menggunakan teknik memuji yang betul.
(NILAI: Jiwa dan emosi pelajar tidak sakit.)

2) Guru-guru bercakap kepada pelajar menggunakan fonetik dan nahu Bahasa Melayu Tinggi. Guru memanggil pelajar dengan panggilan ‘Tuan Muda’ dan ‘Cikpuan Muda’.
(NILAI: Jiwa dan emosi pelajar lebih seronok, gembira dan bahagia.)

3) Tadika ABS mempunyai Kelab ARAF di mana sejak kecil pelajar sudah diasuh menjadi usahawan yang baik akhlaknya.
(NILAI: Menyelesaikan kesukaran ibu bapa yang tidak pandai cara mengajarkan sendiri ilmu bisnes kepada anak-anak mereka.)

ajar anak bisnes

Maklumat serta senarai cawangan Tadika ABS boleh dilihat di sini 

Kembali ke Atas