Beza Expiry Date, Best Before Dan Use By Pada Label Makanan. Harus Tahu Ini Sebelum Makan

roti-expired

Ada pelbagai label berbeza untuk menyatakan jangka hayat sesuatu produk terutamanya makanan. Kami kongsikan 3 label yang biasa digunakan :

1. Best Before

Kebiasaannya label best before ada pada makanan yang di pek segar selama 90 hari atau kurang. Ianya juga dilabelkan best before sekiranya makanan atau item tersebut di pek di tempat lain dan bukannya di jual terus di kedai tempat produk tersebut di beli.

Kesegaran makanan selepas tarikh best before akan berkurangan bergantung kepada cara penyimpanan produk. Contohnya roti.

Kiranya, best before memberikan info mudah : selepas tarikh ini; kesegaran, rasa , nutrisi malah tekstur makanan boleh berubah.

Gunakan deria hidu, bau dan rasa untuk menilai kualiti makanan tersebut. Jika ragu, buang sahaja.

2.Use Before/ Use By

Label ini digunakan untuk produk makanan yang perlu dimakan sebelum tarikh yang dicetak. Ianya bertujuan menjaga kesihatan serta keselamatan pengguna. Makanan yang rosak akan mengundang bahaya.

Beza Use Before dan Best Before ???

Use Before – Tidak boleh di makan selepas tarikh dicetak. Peniaga juga tidak boleh menjual barangan yang melebihi tarikh use before.

Best Before – masih boleh dimakan namun kualiti dan kesegaran makanan sudah berkurangan. Masih boleh dijual atau dipamerkan di atas rak jualan.

 

3. Tarikh Luput (Expiry Date)

Expiry Date selalu boleh dilihat pada produk seperti cecair formula, suplemen dan susu formula bayi.  Selepas tarikh luput,  produk tersebut sudah tidak mempunyai nutrisi yang sama seperti pada label. Ianya tidak boleh di makan serta perlu dibuang.

susu-expired

 

 

 

 

Kembali ke Atas