Buat Surirumah Yang Rajin Memasak. Bolehkah Guna Minyak Masak Berulangkali?

Buat surirumah yang gemar memasak, berapa kalikah anda gunakan minyak masak yang sama sebelum membuangnya??

masak 2
Minyak masak yang biasa digunakan bagi menggoreng makanan adalah minyak kelapa sawit atau palm olein. Ia bertindak sebagai medium pemindahan haba kepada makanan semasa proses penggorengan. Minyak masak yang berkualiti akan menghasilkan makanan yang menarik, rangup dan memberikan rasa yang sedap.

Perubahan kualiti minyak masak boleh disebabkan oleh :

  • Jenis makanan yang digoreng – makanan berasaskan haiwan lebih cepat menurunkan kualiti minyak masak berbanding makanan berasaskan tumbuhan.
  • Kandungan air dalam makanan yang digoreng.
  • Kekerapan penggorengan.
  • Suhu menggoreng makanan – suhu yang tinggi akan mempercepat proses minyak masak menjadi tengik.
  • Salutan yang digunakan bagi menggoreng makanan seperti rempah akan menurunkan kualiti minyak masak dengan cepat.

masak 1
Amalan Baik Bagi Menjamin Kualiti Makanan Bergoreng

  • Guna alat menggoreng yang mudah dibersih dan diselenggara.
  • Guna minyak masak yang jernih bagi menggoreng makanan.
  • Elak memasukkan bahan perasa dalam minyak masak untuk menggoreng.
  • Elak mendedahkan minyak masak kepada sinar cahaya matahari.
  • Elak daripada menambah minyak masak yang baharu ke dalam minyak masak yang telah lama digunakan.
  • Pastikan suhu minyak masak tidak melebihi 180°C (jika ada alat kawalan suhu) atau minyak masak tidak berasap.
  • Pastikan kandungan makanan dalam minyak menggoreng tidak melebihi 1/6 daripada kandungan minyak.

masak3

Menentukan Masa Bagi Pembuangan Minyak Masak

Minyak masak yang digunakan berulang kali perlu dibuang dan digantikan dengan minyak masak baharu jika berlaku perkara berikut :

  • Warna minyak masak menjadi perang pekat.
  • Minyak masak menjadi lebih likat atau pekat.
  • Minyak masak berbau tengik.
  • Asap banyak dihasilkan semasa minyak masak dipanaskan.
  • Warna makanan yang digoreng menjadi terlalu perang dan tidak menarik.
  • Rasa makanan yang digoreng menjadi tidak sedap disebabkan oleh sisa makanan dalam minyak masak.

Sokong Kami Pamapedia DI SINI

Kembali ke Atas