Ekzema Di Kalangan Kanak-Kanak Dan Cara Rawatan
Apa Itu Ekzema ?
Ekzema ialah keadaan kulit yang kering dan gatal sering berlaku pada pada kanak-kanak semasa usia 1-5 tahun. Berita baiknya ialah penyakit ini akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Walaupun masih belum ada ubat untuk ekzema tetapi ada rawatan yang mengawal supaya tidak menjadi lebik teruk.
Ekzema yang biasa terjadi pada bayi atau kanak kanak dikenali sebagai atopic dermatitis. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.
Antara Punca-Punca Ekzema
- Antara punca utama ekzema selalu dikaitkan dengan keturunan.
- Alahan seperti sabun, makanan, bunga, haiwan, habuk dan asap rokok.
- Sensetif pada cuaca yang terlalu panas dan lembab juga boleh menyebabkan ekzema.
- Lain-lain jangkitan.
Antara simpton ekzema yang teruk.
Tanda-Tanda Jangkitan
- Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
- Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
- Bengkak kecil yang berair.
Cara-Cara merawat Enzema
Rawatan di bawah hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.
Bawa anak anda berjumpa doktor untuk nasihat lebih lanjut. Rawatan yang akan diberi adalah seperti berikut:
- Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
- Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
- Krim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk.
- Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.
Langkah-Langkah Pengawalan Harian
- Sediakan bilik yang selesa dan nyaman untuk anak anda.
- Jangan gunakan air yang panas atau suam semasa mandikan anak.
- Gunakan pakaian yang nipis dan sejuk untuk anak anda.
- Jangan gunakan sabun apabila mandi.
- Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
- Awasi makanan yang menyebabkan alahan.
Rujukan : Kementerian Kesihatan Malaysia