Kejutan Untuk Seorang Lelaki Bisu Ini Buat Kami Sangat Terharu

Muharrem ialah seorang lelaki yang mempunyai masalah pendegaran telinga dan bisu yang berasal dari Istanbul. Kakak kepada Muharrem bersama krew samsung dan agensi pengiklanan Leo Burnett telah melakukan sesuatu yang mengejutkan buat Muharrem.

Kampen ini dinamakan  “A World Without Barriers”. Iklan untuk mempromosi tentang servis terbaru mereka iaitu Service Centre untuk Hearing Disability iaitu untuk orang yang mengalami masalah pendengaran.

Dalam Iklan ini Muharrem tidak mengetahui apa-apa sehingga diberitahu oleh salah seorang krew dan membuatkan beliau sangat terharu.

Kempen ini menunjukkan setiap orang mesti mengetahui asas isyarat tangan supaya golongan ini tidak rasa dipinggirkan.

Kembali ke Atas