Penyesalan Seorang Ibu. Air Tangan Pengikat Kasih Sayang Suami Dan Anak-anak
Kisah benar Ego seorang Wanita.
Semalam juga kak ngah menerima emel panjang dari seorang isteri dan ibu. Keluhannya bercampur baur. Namun, akhirnya kak ngah mengerti segala isi hati.
Barangkali ia boleh diambil iktibar dan menjadi peringatan malah ada sesuatu yang boleh kita belajar.
Kakak T(nama dirahsiakan) menulis; “Puan, sewaktu zaman bujang saya seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Saya sangat gemar memasak.
Setiap hari sayalah yang menjadi chef di dapur rumah bujang kami. Hujung minggu, saya suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti menerima pujian. Namun, segalanya berubah apabila saya berumahtangga. Beban tugas di pejabat, urusan rumahtangga dan beban pengajian membuatkan saya bertukar karekter.
Di rumah, saya jarang sekali memasak untuk suami. Asalnya pada awal perkahwinan kerana suami sering menegur setiap hidangan saya. Dia sering membandingkan dengan masakan ibunya. Dia mahu saya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan saya hanya biasa – biasa sahaja.