Photographer Ini Berkongsi Pengalaman Menangkap Gambar Bayi Baru Lahir Sambil Tersenyum #Comel
Saya amat meminati bidang fotografi dan mula berkecimpung dalam bidang ini sejak beberapa tahun yang lalu. Pekerjaan saya sebagai fotografi untuk bayi yang baru lahir sangat mengujakan. Lagi-lagi jika bayi tersebut tersenyum ketika sedang melakukan fotografi.
Sejak menceburi bidang ini saya sudah boleh mengenal mana bayi yang suka tersenyum atau tidak. Mungkin kerana pengalaman yang ada saya sudah semakin peka dengan situasi ini. Saya sanggup menunggu walaupun mengambil masa yang lama sehingga bayi tersebut senyum dan saya cepat-cepat tangkap.
Ramai yang bertanya bagaimana saya boleh tahu waktu bayi tersebut tersenyum dan terus menangkap gambar. Saya tidak tahu bagaimana hendak terangkan, saya cuma ikut gerak hati sahaja dan saya sangat-sangat menghargai peluang ini. : bumpsbabesandbeyond