Tips Menarik Pujuk Anak Makan Sayur #2 Paling Best
Sayur-sayuran sangat penting untuk tubuh dan tumbesaran kanak-kanak, tetapi untuk menarik minat dan memastikan mereka mengambil sayur-sayuran adalah perkara paling sukar buat kebanyakkan ibu bapa. Jom lihat bagaimana untuk mengalakkan anak-anak mengambil sayur-sayuran.
Berikan Contoh Terbaik
Pemakanan ibu bapa biasanya mencorak pemakanan anak-anak baik dirumah mahupun ketika di luar.Jika ibu bapa kerap dan gemar mengambil sayur-sayuran dalam setiap pemakanan pasti anak-anak pasti akan ikut sama dan begitu juga sebaliknya.
Kreatif Dalam Penyediaan Makanan
Kanak-kanak suka bermain dan tidak kira waktunya. Sediakan makanan dalam beberapa corak mengikut kreativiti anda. Ini dapat menarik minat dan menambah mood anak kecil anda untuk makan. Masa ini la nak jadi ala-ala Chef hihi
Jangan Berputus Asa
Mengikut kajian kanak-kanak akan menolak sebanyak 10-15 kali untuk mencuba makanan baru. Lagi-lagi sayur yang agak pahit. Lihat semula adakah makanan tersebut sesuai untuk mereka dari segi bau, rasa dan warna. Sediakan dalam bentuk lain seperti sup, campuran sayur pelbagai warna atau cicah bersama mayonis dan kentang putar.
Beri Semangat Pada Anak-Anak
Bawa mereka bersama sewaktu membeli belah barangan dapur. Beri mereka perluang memilih sayur dan buah-buahan kesukaan mereka. Sediakan juga makanan bersama-sama mereka. Supaya mereka berasa teruja untuk makan makanan yang disediakan oleh mereka sendiri.
Kawal Corak Pemakanan Anak-Anak
Pastikan anak-anak dapat makanan secukupnya dan bukan berlebihan. Sayur, daging, buah-buahan perlu diambil dalam kadar seimbang. Elakkan memberi mereka makanan ringan. Kanak-kanak yang kerap mengambil makanan ringan menyebabkan mereka tidak mempunyai minat untuk mengambil sayur-sayuran dan makanan sihat yang lain