Bahaya Kanser Payudara

templete-size-blog

Kanser payudara merupakan penyebab utama kematian
kanser di kalangan wanita.

Tidak kira anda berisiko atau hanya sekadar untuk membuat pemeriksaan kesihatan, setiap wanita seharusnya peka tentang kanser payu dara, tentang risikonya, dan segala – galanya yang perlu anda tahu untuk kekal sihat.

Statistik menunjukkan seorang daripada 20 orang wanita di Malaysia berpotensi untuk menghidap kanser payu dara yang merupakan penyumbang terbesar kematian di kalangan golongan tersebut di negara ini.

Risiko menghidap kanser payudara.

Tiada siapa tahu punca yang jelas berlakunya kanser payudara. Bagaimanapun kajian menunjukkan beberapa faktor risiko boleh memungkinkan seseorang itu mengalami kanser payudara.

Antara risikonya :

  • Sejarah keluarga: Seorang wanita berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara sekiranya ibu, saudara perempuan atau anak perempuannya mengalami kanser payudara.
  • Alkohol: Beberapa kajian menunjukkan wanita yang meminum arak berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara.
  • Bangsa: Kanser payudara lebih kerap berlaku di kalangan mereka yang berkulit putih daripada bangsa Asia atau Afrika.
  • Namum risiko untuk menghidap kanser payudara sehingga kini masih belum di pastikan. Tetapi pakar perubatan sudah mengariskan beberapa langkah untuk mencegah dari awal.

Tanda-tanda awal kanser payudara :

Wanita harus peka kepada perubahan yang berlaku pada payudara dan puting.
  • Perubahan rasa di payudara atau puting
  • Ketulan atau perubahan ketebalan di payudara atau bawah ketiak
  • Puting payudara yang terasa tegang dan sakit
  • Perubahan dilihat pada payudara atau puting
  • Perubahan saiz dan bentuk payudara
  • Puting payudara terperosok ke dalam
  • Permukaan kulit payudara, sekeliling puting, atau puting bersisik, merah atau bengkak. Permukaan kulit boleh kasar atau berliang seolah-olah seperti permukaan oren.
Walaupun kanser payudara di peringkat awal biasanya tidak menyebabkan kesakitan, wanita haruslah berjumpa dengan doktor atau kakitangan perubatan yang berkelayakan sekiranya berasa sakit pada bahagian payudara mereka atau tanda-tanda tersebut tidak hilang. Kebanyakan simptom atau tanda-tanda ini bukan kanser.
Untuk lebih lanjut tentang kanser payudara boleh klik di link ini -> http://www.breastcancer.org/

 

Kembali ke Atas