Pekerja Maut : 12 Jam waktu bekerja adalah perkara normal

Kashiwa : Setiap tahun di negara Jepun, ratusan dan mungkin ribuan pekerja di negara matahari terbit ini bekerja sehingga ke akhir hayat mereka.

karoshi

“Death by overwork” atau lebih dikenali sebagai “karoshi” , adalah akibat daripada adat bekerja oleh masyarakat di negara yang maju ini yang sukar untuk ditafsir.

 

Menurut The Washington Post, menghabiskan masa yang banyak untuk bekerja atau bersosial bersama pekerja atasan selepas waktu bekerja di negara Jepun adalah suatu perkara yang norma pada masyarakat ini.

 

Bermula pada tahun 1970-an, di mana gaji pekerja dikatakan rendah dan dengan itu para pekerja mula bekerja dengan keras dan lebih masa hanya untuk menaikkan gaji mereka. Perkara ini diteruskan sehingga tahun 1980-an, di mana negara Jepun dikenali sebagai Negara Kedua Terbesar di dalam sektor Ekonomi dan apabila semua pekerja dikerah oleh pihak atasan mereka untuk bekerja dengan lebih keras.

 

Hal ini dilihat berterusan sehingga penghujung tahun 1990-an, di mana syarikat-syarikat di sana mula mengubah suai struktur syarikat dan pekerja terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk memastikan tiada yang mencuri tulang.

karoshi 2

Pekerja luar yang dibawa masuk ke negara ini kemudiaanya menyebabkan pekerja tempatan bekerja dengan lebih keras daripada biasa hanya untuk bersaing dengan pekerja luar. Kini, semua pekerja dikatakan bekerja 12 jam lebih sehari dan tanpa tidur yang secukupnya.

karoshi

Kiyotaka Serizawa adalah contoh seorang ‘”karoshi”. July yang lalu, pekerja yang berusia 34 tahun ini membunuh diri setelah bekerja 90 jam seminggu pada minggu terakhirnya sebelum kematiannya – di sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan penyelenggaraan rumah-rumah pangsapuri.

 

“Rakan sekerjanya memberitahu saya bahawa mereka kagum dengan kesungguhan dan kebolehan dia dalam melakukan kerjanya,’ kata ayahnya, Kiyoshi Serizawa pada sebuah interview yang diadakan di kediaman mereka. “Mereka berkata, mereka tidak pernah melihat orang yang tidak memiliki sesebuah syarikat bekerja begitu keras .”

 

“Di dalam tempat kerja warga Jepun, bekerja lebih masa sentiasa ada di dalam kamus hidup mereka. Bekerja lebih masa sudah dianggap sebagai waktu bekerja,” kata Koji Morioka, seorang Professor Emeritus daripada Kansai Universiti yang juga merupakan seorang ahli pakar penasihat kerajaan dalam mengurangkan kaorshi. “Ia bukanlah satu paksaan daripada mana-mana pihak, tetapi pekerja merasakan ianya suatu perkara yang wajib.”

 

Ramai pekerja merasakan bahawa bekerja sebanyak 40 jam seminggu akan memburukkan reputasi mereka dalam bekerja, maka mereka secara tidak langsungnya melakukuan konsep “servis bekerja lebih masa” atau lebih dikenali sebagai “service overtime” – “servis” di dalam adat masyarakat di negara Jepun ini dianggap sebagai “percuma”.

karoshi 3

Karoshi – kematian kebiasaannya terjadi akibat daripada serangan jantung atau lumpuh, ataupun membunuh diri akibat tekanan lebihan kerja – kini telah diketahui punca kematiannya. Kementerian Buruh telah mengenal pasti sebanyak 189 kes kematian direkodkan pada tahun lepas berpunca daripada ini. Namun, pakar ada mengatakan bahawa jumlah kematian yang sebenar mungkin mencecah ribuan daripada angka yang direkodkan.

 

Walaupun karoshi telah dikenal pasti dikalangan pekerja lelaki, angka didalam jumlah kematian di dalam pekerja wanita juga dilihat meningkat dan kebanyakkan mereka memilih untuk mengorbankan diri mereka.

 

Kebanyakkan mangsa berusia pada awal 20-an , kata Hiroshi Kawahito, seorang peguam dan Setiausaha Am, Kementerian Pertahanan bagi mangsa Karoshi, yang berpihak kepada keluarga mangsa.

KAROSHI 5

Kawahito mewakilkan sebuah keluarga seorang wartawan di dalam usianya awal 30-an yang mati akibat serangan jantung. “Ia bukanlah satu kebiasaan bagi masyarakat Jepun untuk meninggal dunia pada awal 30-an akibat serangan jantung.”

“Ianya mustahil untuk menghapuskan karoshi,” kata Morioka, salah seorang professor yang dalam usaha untuk menghapuskan karoshi di dalam adat bekerja masyarakat Jepun. “Kita perlu mengubah adat bekerja lebih masa dan wujudkan masa yang lebih lagi untuk keluarga dan hobi diri sendiri. Waktu bekerja yang berlebihan merupakan satu perkara yang dianggap jahat/tidak baik bagi masyarakat Jepun. Pekerja dikatakan begitu sibuk sehinggakan tiada waktu untuk membuat aduan.”

Kredit gambar : The Washington Post

Sumber : The Washington Post

 

Kembali ke Atas